Rabu, 13 November 2013

Penjara Sejahtera

Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara.


Konsep Penjara Sejahtera diperkenalkan bagi tujuan memperkasakan pengurusan kepenjaraan dengan mematuhi standard antarabangsa, undang-undang dan peraturan bagi mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan hak-hak asasi kakitangan dan penghuni di Jabatan Penjara Malaysia.



Konsep Penjara Sejahtera merangkumi 3 aspek utama iaitu KESELAMATAN, PEMULIHAN dan PENGURUSAN.

Program Pemulihan Penjara

Jalinan Kasih Mesej Dari Penjara


We Care Pra Bebas

Perkembangan Jabatan Penjara (Lama & Baru)



Program Kebudayaan, Sukan, Sajian & Hasil Produk Penghuni

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






    Adakah anda merasakan bahawa banduan yang telah menjalani hukuman pemenjaraan telah berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya? 

    Adakah anda merasakan bahawa Pegawai Penjara telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pegawai keselamatan dan pemulihan dengan sebaik-baiknya? 

    Adakah wajar pihak kerajaan memberi insentif yang tinggi kepada Pegawai Penjara yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam memulihkan banduan? 

Berikan Pendapat / Ulasan anda?

9 ulasan:

  1. Mohd Khairudin Bin Salleh19 November 2013 9:34 PG

    Ya. Banduan akan berubah kepada lebih baik dari sebelumnya. Akan tetapi banduan yang telah bebas harus meneruskan nilai2 murni setelah dibebaskan.

    Ya. Pegawai Penjara telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

    Pegawai Penjara wajar memberi insentif lebih kepada pegawai penjara terutamak epada pegawai yang ditugaskan di sel penjara.

    BalasPadam
  2. Siti Sarafina Binti Abdul Majid19 November 2013 9:44 PG

    Konsep Penjara Sejahtera sememangnya akan memberi impak yang positif bukan sahaja kepada banduan, malah kepada masyarakat. Saya SETUJU dengan konsep ini.

    BalasPadam
  3. Tiada komen....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum w.b.t. Sebagai blogger & berpeluang terlibat dlm membantu misi penjara, saya amat menyokong penuh usaha Penjara Sejahtera oleh Jabatan Penjara Malaysia ini. Semoga dpt mencapai visi sebagai satu institusi koreksional bertarap dunia, in shaa Allah. T kasih.

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/penjara-sejahtera-memupuk-keinsafan.html

    BalasPadam
  5. Salam.. rakan blogger menyokong penuh konsep Penjara Sejahtera..

    http://shakiddo.com/penjara-sejahtera/

    BalasPadam
  6. Kami blogger viarpun hanya dgn menulis tetapi memahami dan mendalami konsep penjara sejahtera ini. Syabas pihak jabatan penjara. Semoga penghuni penjara akan lebih berdisipln didalam dan luar selepas tamat hukuman

    BalasPadam
  7. KESEJAHTERAAN ITU MESTTILAH SEIMBANG ANTARA JASMANI&ROHANI,MENTAL&FIZIKAL,BARU MENATIJAHKAN REALITI YANG SEMPURNA DAN BAIK.SEMOGA USAHA INI AKAN MEMBERI KESAN YG POSITIF DAN BAIK.TAHNIAH JABATAN PENJARA MALAYSIA.

    BalasPadam
  8. 1. Bagi sy individu yg tlh mengikuti hukuman dan proses pemulihan yg tlh dilaksanakan oleh jabatan penjara sedikit sebanyak dpt memberi kesan terhadap kehidupan banduan2 utk menyedari setiap apa kesalahan yg tlh mereka lakukan dan berusaha utk kembali ke pangkal jalan inshaALLAH.

    2.YA, berdasarkan visi dan misi jabatan penjara sy yakin sedikit sebanyak tlh merealisasikan tggungjwb tersebut.

    3.Bergantunng kepada pihak berwajib,kerana proses pemulihan itu adlh tggungjwb pegawai penjara kerana sudah termaktub di dlm jabatan penjara itu. Dan tugas meraka adlh sgt mulia kerana telah memberi kesedaran terhadap banduan2 utk kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam